Wednesday, March 16, 2011

bila cinta berbicara dalam hatiku ...... wujudlah bait-bait kata terindah yang ingin ku luahkah:)

cinta adalah sendi segenap keutamaan yang wujud dalam dunia ini. Kalau tiada cinta, nescaya hilanglah nilai kemanusiaan dan kasih sayang dalam dunia ini.... kADANG2, kita perlu lari untuk melihat akan adakah seseorang yang akan mengejar dan memujuk kita untuk kembali .... ini kerana, cinta sejati x akan berkurang kerana kesalahan dan x akan bertambah kerana kebaikan...

only you


kisah cinta agung

Syurga yang serba nikmat …Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah). Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan. Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya. Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu...

enab photoshot

a href="http://s263.photobucket.com/albums/ii142/esha_enab/?action=view¤t=icon132.gif" target="_blank">Photobucket

nabi adam dan siti hawa

Adam kesepian Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri? Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan…bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya. Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta’ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta’ala ingin mengusir rasa kesepian Adam. Hawa diciptakan Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur. Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s. Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.

bermulanya cinta mereka

Pertemuan Adam dan Hawa Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya. Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu. Adam terjaga….! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya. Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya. Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya. Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya. Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan. Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s. Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta. Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya...

my widget

titian perjalanan

Cetusan Madah Untuk Renungan Bersama...... "Perjalanan hidup ini tidaklah seindah impian dan harapan. Seandainya kita menyedari hakikat kehidupan pasti diri kita tidak tenggelam dalam khayalan. Impian dan harapan yang keterlaluan sehingga lupa pada qada dan qadarnya." "Orang yang berakal tidak berduka hati kerana kedukaan hati tiada faedahnya. Banyak duka mengaburkan akal. Tiada ia sedih kerana kesedihan tidaklah memperbaiki perkara yang telah terlanjur kerana banyak kesedihan mengurangi akal." "Berlumba-lumbalah kamu mencari ilmu pengetahuan bererti kamu berlumba-lumba mencari kesenangan hidup dan berbahagia di hari muka." "Orang tidak akan menyegani kamu kerana harta kamu sebaliknya orang menyenangi kamu kerana ilmu pengetahuan kamu itu." "Untuk membina sebuah persahabatan terkadang mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Tetapi untuk memusnahkannya terkadang waktu tidak sampai sesaat pun. Untuk itu jujur dan ikhlas adalah kunci dalam setiap persahabatan." "Orang yang berilmu hadir dalam kelompok manusia yang jahil umpama setitik air hujan yang jatuh di atas tanah yang gersang." "Kejayaan itu adalah milik semua orang. Pengorbanan, masa dan sentiasa mengambil peluang untuk berusaha bersungguh-sungguh adalah jalan kearah destinasi kejayaan. Ingatlah jika kita tidak tahu ke mana arah yang hendak dituju, maka kita seperti daun kering yang di terbangkan oleh angin." "Orang yang paling dibenci ALLAH ialah orang yang suka bersengketa." "Orang yang banyak berkata akan banyak silap dan orang yang banyak silap akan banyak dosa dan orang yang banyak dosa adalah neraka lebih layak untuknya." "Barangsiapa memaafkan kesalahan orang islam, nescaya dimaafkan ALLAH kesalahannya di hari kiamat." "Insan yang sentiasa berurusan dengan jalan ALLAH sentiasa merasakan hidup ini terlalu mudah dan indah. Sesuatu halangan itu tidak dianggap sebagai masalah sebaliknya sebagai dugaan ALLAH untuk menguji iman mereka."

pimp glitter


owner!!!

owner!!!

CINTA HATIKU

pertemuan yang x diduga....cinta yg x diundang... tiba2 ianya hadir di dalam diriku.... tanpa terpaksa dan dipaksa.... cintanya hadir hingga membuatkan aku tiada ragu2 lagi untuk menerimanya.... atas dasar kejujuran, kesetiaan, dan penuh dengan kasih sayang... telah menambat hati ini.... aku hanya untukmu ... dan kamulah cinta sejatiku ;)....

tentang aku dan dia

perkenalan bermula di laman sembang yang agak popular la sekarang ni......facebook ;) .... erm , just friend je mase 2.... xtau plak lame2 timbullah perasaan sayang.... memang pada mulanya aku x pernah anggap die as someone special dalam hidup aku pada masa 2 walaupun die memang btol2 menyukai aku..... erm, hati perempuan kan... walau macam mane keras pun, akhirnya cair jugak......bukan kerana terpaksa...tapi kerana kejujuran dan kesetiaan yg diperlihatkan olehnya..........
skrang ni, aku begitu bahagia bersamanya dan ku mohon pada ALLAH ... akan dipanjangkan jodohku bersamanya untuk selamanya ... amin ya rabb















my chubby

my chubby

my mine

my mine

me and you

me and you